Nabi Muhammad saw bersabda:-

“orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan pada keduanya terhadap kebaikan. Bersungguh-sungguh lah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpa kamu, maka janganlah kamu mengatakan “seandainya aku melakukan begini niscaya akan begini dan begini”, akan tetapi katakanlah, “Allah telah mentaqdirkan hal itu, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi. Kerana sesungguhnya perkataan “seandainya” akan membuka perbuatan syaitan”
--diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah r.a--


Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Untuk mecintaiMu,Ya Allah, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang tertaut pada-Mu, Agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu, Ya Allah, Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu, Ya Allah, Sesungguhnya aku bermohon pada-Mu untuk selalu mencintai-MU...

indahnya ukhuwah itu...

Saturday, July 18, 2009




"dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? pada hari ini, mereka itu akan diberi naungan pada hari tiada naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri"- (riwayat muslim)...


Salam alaik sahabat-sahabat yang ana kasihi juga dirahmati Allah selalu hendaknya..amin..

Untuk 'post" kali ni an teringin nak kongsikan bersama betapa indahnya suatu ukhuwah yang terbina itu adalah kerana kasih dan sayangNya. Tak terkata indahnya, jika hendak dibandingkan cinta yang tersemi kerana Allah berbanding cinta antara pasangan kekasih semata-mata kerana nafsu. Cinta yang lahir kerana Allah terlalu indah jika kita hendak menggambarkan sebagaimana cinta nya sahabat-sahabat Rasulullah SAW dikalangan mereka sendiri. Kehilangan salah seorang anggota mereka seperti rasanya kehilangan anggota badan milik mereka sendiri. Jika kita imbau kembali sirah, bagaimana penerimaan para sahabat contonya Umar al-Khattab yang tidak dapat menerima pemergian Rasulullah SAW yang dicintainya itu kembali kepangkuan Illahi.. sehinggakan umar akan memarahi mereka yang mengatakan Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Sehinggalah Abu bakar As-Siddiq muncul untuk kembali mengingatkan sahabat-sahabat baginda bahawa segala nya adalah sudah menjadi ketentuanNya. Setiap manusia akan merasakan mati, termasuk juga Nabi SAW. Seperti kata-kata Abu Bakar yang kemudiannya mengingatkan sahabat-sahabat dengan ayat ini:-



Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad telah mati, tetapi sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah maha Hidup dan Tidak Mati.. lalu dibacakan ayat Allah ini..:-

"dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh).Jika demikian, kalau dia mati atau terbunuh (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat islam yang tidak ada bandingannya itu): - Ali imran(144)


Begitu juga lah dengan kita sebagai hamba sesama Islam ketika ini. Cinta antara akhawat sesama akhawat, ikhwat sesama ikhwat yang lain perlu ade dalam setiap individu yang mengatakan dia cinta pada Allah, Rasul dan Islam. Cinta yang kerana Illahi cukup untuk mengeratkan ukhuwah sesama islam.


Adakala hidup kita telah kehilangan individu yang sangat kita sayangi, namun, dengan ukhuwah yang terbina, kita telah dikuatkan dengan hubungan yang lahir kerana kasihNya itu. Sama-sama saling bergantungan memikul beban masalah yang ditanggung. Kerana itu, sama-sama lah kita cuba untuk membina kasih antara sesama kita hubungan yang dibina atas kasihNya. Cinta bukan lah hanya pada pasangan kekasih sahaja, cinta sesama akhawat atau sesama ikhwat yang berlandaskan kerana cinta pada Allah itulah yang sebaik-baik manisnya cinta..




0 komen:

Post a Comment